Analisis Visual Karya Pelukis Tempatan dan Barat

 1. Karya pelukis tempatan lyna khairi


Artis:Lyna Khairi

Sumber:https://www.hmetro.com.my/nuansa/2019/04/448188/pameran-3-pelukis-wanita

Karya ini menggambarkan kanak-kanak yang terdiri berbilang kaum bersama-sama dengan seorang wanita. Wanita ini diibaratkan sebagai guru di bilik darjah yang mengajar pelajar-pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan sebagainya. Selaras dengan matlamat keempat pendidikan berkualiti, perbezaan kaum atau diskriminasi dalam pendidikan dapat dihapuskan. Semua kanak-kanak hingga pelajar dewasa berhak mendapat pendidikan yang saksama, berkualiti dan suasana yang kondusif. Pendidikan di sekolah menerapkan amalan perpaduan agar setiap pelajar menghormati antara satu sama lain.               


2. karya pelukis tempatan ismail mat husin


Artis:Ismail Mat Husin

Sumber:https://www.invaluable.com/auction-lot/ismail-mat-hussin-b-kelantan-1938-d-2015-mengecap-42-c-a4e497880c

Karya menunjukkan tiga orang lelaki mempunyai kemahiran dalam menghasilkan batik. Batik-batik yang dihasilkan ini dijual bagi menjana pendapatan sekali gus menjadikan mereka usahawan yang berjaya. Hal ini membuktikan bahawa pendidikan dalam bidang kemahiran ini amat penting. Institusi kemahiran yang terdapat di negara kita mempunyai teknologi yang terkini dan menyediakan bidang mengikut keperluan industri. Kemajuan teknologi yang digunakan ini mempengaruhi kecemerlangan pelajar. Dengan ini, mereka akan menyumbangkan kemahiran dan kepakaran mereka kepada masyarakat, bangsa dan negara.

3. Karya pelukis tempatan CHEONG SOO PENG


Artis:Cheong Soo Peng

Sumber:http://mozais63.blogspot.com/2018/04/800x600-normal-0-false-false-false-en_96.html

Karya Cheong Soo Peng amat berkait rapat dengan kehidupan harian masyarakat Melayu. Contohnya, seorang wanita yang sedang menyikat rambut anaknya manakala beberapa orang wanita yang lain sedang berbual-bual antara satu sama lain. Namun, hanya seorang sahaja lelaki dewasa berbanding dengan kaum wanita yang lebih banyak bilangannya. Sejajar dengan matlamat keempat dalam Pendidikan Berkualiti, gambar ini berhubungkait dengan isu perbezaan jantina dalam pendidikan. Pihak pengajian tinggi seharusnya membuka peluang sewajarnya kepada lelaki agar mereka dapat melanjutkan pelajaran tanpa halangan. Selain daripada mengadakan ceramah motivasi, kerajaan turut menawarkan biasiswa atau pinjaman seperti PTPTN bagi menampung pembiayaan pelajar lelaki yang kurang berkemampuan. Dengan ini, masalah ketidakseimbangan jantina di pusat pengajian dapat diatasi. Pelajar lelaki juga berhak bersaing secara sihat dengan pelajar wanita untuk mendapat pelajaran yang berkualiti demi memajukan sektor ekonomi negara.

4. karya pelukis luar negara edward lamson henry


Artis:Edward Lamson Henry

Sumber: https://pixels.com/featured/country-school-1890-granger.html  

Karya ini menunjukkan sekumpulan kanak-kanak yang berada di bilik darjah. Kelihatan seorang kanak-kanak perempuan Sindrom Down duduk di tepi bilik darjah. Apa yang dapat ditafsirkan melalui gambar ini ialah kanak-kanak berkeperluan khas berhak mendapat pendidikan yang sama rata dengan kanak-kanak biasa yang lain. Kanak-kanak istimewa mendapat pendidikan khas dengan aktiviti yang dirancang seperti kemahiran membaca, kemahiran psikomotor dan kemahiran sosial. Mereka perlu dipersiapkan dengan pendidikan agar berpeluang mendapat pekerjaan serta berjasa kepada keluarga, bangsa dan negara. Oleh itu, kemudahan pendidikan khas di negara kita dinaiktarafkan bagi suasana pembelajaran yang kondusif, selamat dan bermanfaat. 


5. karya pelukis luar negara Anna kirstine ancher


Artis:Anna Kirstine Ancher

Sumber:http://www.artnet.com/artists/anna-kirstine-ancher/disentangling-the-fishing-net-g2ewfalowpeuanpbn-g1iq2

Karya ini menggambarkan sebuah keluarga bersama-sama membersihkan jala ikan. Ibu bapa bertanggungjawab melatih anak-anak mereka untuk melakukan kerja-kerja di rumah agar anak-anak menjadi insan yang berakhlak mulia. Pendidikan awal yang bermula dari rumah dapat membantu mereka mengembangkan kemahiran dalam pendidikan formal di sekolah. Sejajar dengan matlamat keempat Pendidikan Berkualiti, pelajar yang menyambung pengajian dalam bidang kemahiran yang relevan mempunyai peluang yang cerah dalam pekerjaan kerana. Pengalaman yang diperoleh semasa tempoh pengajian juga dapat melahirkan usahawan yang berjaya.  


6. karya pelukis luar negara arthur john elsley



Artis:Arthur John Elsley

Sumber:https://bookmarin.com/en/bookart-30-stunning-classic-paintings-of-reading-people/

Karya ini menunjukkan seorang ibu sedang membacakan cerita kepada dua orang anaknya di rumah. Kelihatan juga seekor anjing peliharaan yang sedang baring di atas permaidani. Dapat dilihat riak wajah ibu yang menunjukkan beliau amat menyayangi anak-anaknya. Didikan dari kecil terhadap anak-anak di mana seawal usia kecil lagi anak-anaknya sudah didedahkan dengan amalan membaca. Sejajar dengan matlamat keempat Pendidikan Berkualiti, budaya membaca ini menambahkan ilmu pengetahuan dalam semua perkara secara tidak langsung mematangkan fikiran kita dalam membuat keputusan. Dengan adanya ilmu, kita akan menjadi lebih matang dan bijak dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Comments